Hak untuk menyuarakan pendapat

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, nilai kebebasan bersuara di kalangan rakyat (pengguna) amatlah sinonim dengan pemerintahan yang ada. Dalam konsep kepenggunaan pula, hak menyuarakan pendapat bermaksud hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan hak tersebut pengguna dapat menyalurkan idea, komen atau menentukan dasar-dasar kerajaan dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan barang dan perkhidmatan kepada pengguna.

Dalam situasi yang lebih global, hak menyuarakan pendapat adalah lebih berkesan jika disalurkan melalui persatuan atau secara kolektif. Dibawah label mana-mana persatuan yang diiktiraf pengguna boleh melantik perwakilan di kalangan mereka untuk menyuarakan sesuatu berkaitan dengan kepentingan kepenggunaan. Perwakilan yang dipertanggungnjawabkan untuk menyuarakan hak pengguna secara kolektif tadi dianjurkan mempunyai ciri – ciri yang boleh memberi keberkesanan penyampaian kepada pihak-pihak yang berwajib seperti


 kekuatan perwakilan yang mempunyai ahli yang ramai-kerana ia lebih berpengaruh untuk didengari.
 Mempunyai kepakaran dalam pelbagai isu kepenggunaan.
 Wakil pengguna mestilah mudah mendapat liputan media
 Komunikasi terbuka dan berterusan perlu wujud antara pengguna, masyarakat, agensi, industri dan pihak kerajaan.
 Terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa pengguna boleh turut serta di dalam pembentukan dasar yang melibatkan mereka sebagai mana yang dinyatakan dalam garis panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
 Mempunyai salinan undang-undang serta dasar yang ada kaitan dengan isu yang dikemukakan.

Sebarang pendapat ,pandangan dan komen boleh diajukan kepada Diajukan kepada pelbagai agensi pengguna samada agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan atau Non Government Organisations(NGO’s) Di Malaysia terdapat persatuan pengguna di kebanyakan negeri seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Persatuan Pengguna Pahang dan sebagainya.

Terdapat juga jabatan jabatan tertentu yang telah ditubuhkan yang berperanan membangunkan, melaksanakan dan mengesani dasar-dasar perlindungan pengguna seperti:

 Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK),
 Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan
 Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri
 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) .

Di peringkat sekolah pula terdapat Kelab Pengguna, yang boleh dijadikan permulaan pelajar menyalurkan pendapat dan hak bersuara mereka. Seterusnya boleh melatih mereka bergiat aktif memperjuangkan isu-isu kepenggunaan apabila berada dalam masyarakat kelak.
Selagi ada pengguna selagi itu ada isu yang akan timbul isu yang akan lahir dari pengguna sendiri samada komen, pujian, galakan, bantahan dan sebagai terhadap pihak lain yang berkaitan. Oleh itu amat wajar dan bertuah bagi pengguna pengiktirafan terhadap hak bersuara.
2 Responses
  1. lutfi ariffin Says:
    This comment has been removed by the author.
  2. lutfi ariffin Says:

    penggunapro.blogspot.com

Post a Comment

abcs